Seram - Banglo Lama Tg.Malim ,Perak
Kedudukan rumah banglo lama ni berada berdekatan dengan UPSI iaitu kampus lama di pekan Tg. Malim, Perak. Ia terletak di bahagian belakang kedai makan Karim’s Corner. Rumah banglo ni jika dilihat di sebelah siang terdapat sebuah pokok yang besar tegak berdiri di bahagian tepi rumah. Rumah kelihatan sangat usang kerana bumbung rumah yang kebanyakannya telah roboh. Rumah banglo lama ni bertambah misteri kerana terdapat banyak persoalan kenapa ia masih lagi dibiarkan di sana. Dengar cerita seram dari penduduk setempat, sebelum ni ada beberapa contractor cuba menebang pokok besar di tepi rumah ni tetapi tidak berjaya kerana mata mesin chainsaw akan tiba² rosak. Menurut maklumat yang diperolehi, banglo ini tidak dapat dibersihkan kerana sewaktu usaha untuk memotong pokok dilakukan, banyak chainsaw yang rosak dan telah digantikan dengan baru namun menemui jalan buntu, tiada siapa yang mahu meneruskan usaha itu sebab itu dibiarkan sahaja dahan2 tersebut, sehingga menjadi semak-sam...