Tebuan Gergasi Jepun, Tebuan yang Mampu mambunuh Manusia

 


Dengan kebolehan membesar sehingga 5 sentimeter, Tebuan Jepun Gergasi adalah merupakan spesis tebuan paling besar di dunia. Berdasarkan namanya, sudah tentulah tebuan ini berasal dari Jepun yang dikenali sebagai ōsuzumebachi. Tebuan gergasi ini memakan larva lebah madu, dan mampu membunuh 40 ekor lebah madu dalam masa seminit. Sama seperti tebuan lain , tebuan ini juga hidup berkolonk dan di dalam Setiap koloni mempunyai kira-kira 700 ekor tebuan.

  Rupa dan saiznya sudah amat menyeramkan,apatah lagi sengatannya,  sengatannya berkali-kali ganda seram. Terdapat gabungan dua jenis toksin dalam setiap dalam sengatan tebuan ini iaitu sitotoksin dan neurotoksin.



  Sitotoksin akan menyebabkan rasa sakit teramat sangat dan mengakibatkan kerosakan pada tisu dengan sensasi yang diceritakan oleh seorang pengkaji, "sakit seperti paku panas dicucuk ke dalam kaki".

Neurotoksin yang diberi nama mandaratoksin, boleh menyebabkan kematian, walaupun kepada mereka yang tiada alahan kepada sengatan tebuan. Tebuan Gergasi Jepun ini bertanggungjawab terhadap kematian 30 nyawa setiap tahun di Jepun dan di wilayah Shaanxi, China sahaja, 40 nyawa melayang setiap tahun

.


   Tebuan gergasi Asia ini dikesan buat pertama kalinya di Washington selepas pemelihara lebah mendapat terdapat timbunan lebah mati dengan kepala mereka dimakan. Apa yang lebih membimbangkan mereka, tebuan terbesar di dunia ini dikatakan mempunyai bisa sengatan yang mampu membunuh manusia jika disengat berkali-kali, seperti yang dilaporkan oleh Washington State University (WSU).



  Penemuan ini membuatkan penyelidik di Amerika Syarikat merasa bingung bagaimana ia boleh sampai ke sana. Para saintis juga percaya, Asian Giant Hornets ini telah mula kembali aktif sekitar beberapa bulan lalu( sekitar April 2020) apabila permaisuri tebuan ini muncul selepas berhibernasi untuk membina sarang dan membentuk koloni baru.

     Menurut pakar WSU, tebuan gergasi ini akan menyerang sarang lebah madu, membunuh lebah dewasa dan memakan larva lebah, disamping mempertahankan koloninya dengan agresif.


7 Serangga Berbahaya Di Dunia



Comments

Popular posts from this blog

SIAPAKAH BUJANG SENANG

EPAL BERWARNA UNGU