Seram - Banglo Lama Tg.Malim ,Perak

 


Kedudukan rumah banglo lama ni berada berdekatan dengan UPSI iaitu kampus lama di pekan Tg. Malim, Perak. Ia terletak di bahagian belakang kedai makan Karim’s Corner. 




Rumah banglo ni jika dilihat di sebelah siang terdapat sebuah pokok yang besar tegak berdiri di bahagian tepi rumah. Rumah kelihatan sangat usang kerana bumbung rumah yang kebanyakannya telah roboh.

Rumah banglo lama ni bertambah misteri kerana terdapat banyak persoalan kenapa ia masih lagi dibiarkan di sana. Dengar cerita seram dari penduduk setempat, sebelum ni ada beberapa contractor cuba menebang pokok besar di tepi rumah ni tetapi tidak berjaya kerana mata mesin chainsaw akan tiba² rosak. Menurut maklumat yang diperolehi, banglo ini tidak dapat dibersihkan kerana sewaktu usaha untuk memotong pokok dilakukan, banyak chainsaw yang rosak dan telah digantikan dengan baru namun menemui jalan buntu, tiada siapa yang mahu meneruskan usaha itu sebab itu dibiarkan sahaja dahan2 tersebut, sehingga menjadi semak-samun.

Mengikut beberapa pengalaman penduduk di sekitar rumah banglo, akan ada seorang budak yang sering berkeliaran di sekitar kawasan rumah banglo. Budak ni akan menyapa orang yang ditemuinya untuk meminta duit RM1. Selepas mendapat duit yang di minta, budak ni akan berlari meninggalkan orang yang ditemuinya dan masuk ke kawasan rumah banglo lama ni. Kebanyakkan orang yang bertemu dengan budak ini di katakan akan memberi wang RM 1 seperti yang di minta oleh budak tersebut. Tidak dapat di pastikan sama ada akan terjadi sesuatu yang buruk atau tidak ,jika tidak memberi wang kepada budak tersebut , kerana belum ada lagi cerita mengenainya




Beberapa kumpulan paranormal telah pergi untuk membuat rakaman dan mencuba merungkai misteri banglo ini, dan sepanjang aktiviti ,di dalam pita rakaman mereka kelihatan  penampakan lembaga yang berpakaian serba putih dan berambut panjang seperti pontianak yang sedang bertenggek di atas dinding rumah.

Selain itu,terdapat juga bunyi tapak kaki yang sedang berjalan memijak bumbung padahal bumbung banglo ini dikatakan sebahagianmya telah jantuh ke lantai serta bumbung tersebut berlubang sana-sini dan kelihatan usang seperti rapuh dan mudah pecah. Apabila  di lihat ke atas tiada orang mahupun haiwan yang berada di situ..

Jadi itu adalah sedikit antara misteri dan kisah seram yang terjadi di salah sebuah Banglo lama di Tanjung Malim,Perak. Bagi mereka yang ingin merasai sendiri pengalaman seram dan ada keinginan untuk merungkai misteri Banglo ini. Boleh datang sendiri di lokasi yg telah di nyatakan pada awal perenggan tadi, iaitu berdekatan Dengan kampus lama UPSI dan di belakang kedai Makan Karim's Corner




Comments

Popular posts from this blog

Tebuan Gergasi Jepun, Tebuan yang Mampu mambunuh Manusia

SIAPAKAH BUJANG SENANG

EPAL BERWARNA UNGU