7 Hutan Berpuaka di Dunia

1.HUTAN HOIA-BACIU, ROMANIA 


Terletak di barat laut Romania, hutan Hoia-Baciu ini juga dikenali sebagai “Segi Tiga Bermuda” Romania.Ini kerana, terdapat beberapa kes kehilangan di dalam kawasan tersebut.

  Antaranya, seorang kanak-kanak perempuan berusia 5 tahun yang hilang ditemui semula 5 tahun kemudian dalam keadaan masih seperti kali pertama dia berada di dalam hutan 5 tahun yang lepas. Selain itu, 200 ekor kambing dan seekor anjing juga hilang secara tiba-tiba.

   Banyak kisah-kisah misteri yang berlaku di dalam kawasan ini malah penduduk di sekitar kawasan itu juga sering memberi amaran kepada pengunjung yang mahu memasuki hutan ini supaya lebih berhati-hati.



2. HUTAN BROCELIANDE , PERANCIS 


Bagi peminat kisah lagenda Raja Arthur dan Merlin. Hutan Fôret De Brocéliande ini terletak di Britanny, Perancis. 

    Perkara yang menyeramkan tentang hutan ini, dikatakan kakak tiri kepada Raja Arthur iaitu Morgan Le Fay yang juga merupakan seorang ahli sihir seperti Merlin telah mengurung lelaki-lelaki muda yang tidak setia di dalam kawasan ini.

    Selain itu, kubur Merlin juga dikatakan terletak di dalam hutan ini dan pada tahun 1990 tempat ini pernah berlaku kebakaran yang memusnahkan daun-daun pokok dan menyebabkan ia kelihatan sangat mengerikan.



3. HUTAN SMOLENSK, RUSIA 


    Hutan ini menjadi terkenal dengan kisah misterinya apabila pada tahun 1943 sewaktu perang dunia kedua sedang berlaku, anggaran sebanyak 20,000 kubur askar tentera dijumpai pada waktu itu.

    Selain itu, terdapat kes tragik yang berlaku pada tahun 2010 di mana sebuah kapal terbang terhempas dan meragut nyawa kesemua 96 penumpang yang terdiri daripada ahli politik, tentera dan ahli perniagaan.

   Tidak dapat disangkal, hutan ini diselubungi dengan insiden-insiden misteri yang meragut nyawa ramai manusia. 


4. LONG TRAIL VERMONT, AMERIKA SYARIKAT 


   Mempunyai tapak mendaki sepanjang 438 kilometer, hutan ini pernah mempunyai kes misteri di mana seorang pelajar kolej Bennington, Paula Jean Welden telah hilang di kawasan pendakian pada tahun 1946.

   Selain itu, terdapat empat lagi kes kehilangan pendaki yang dilaporkan pada tahun 1945 dan tahun 1950 dan sehinggalah hari ini ia masih lagi menjadi misteri.



5. HUTAN SCHWARZWALD, JERMAN 


   Juga dikenali sebagai Hutan Hitam yang diambil daripada maksud perkataan Schwarzwald. Tempat ini dikatakan mempunyai kisah-kisah misteri yang pernah terjadi. Misalnya, kisah tentang penampakan seorang lelaki dengan matanya terkeluar dan wajah yang tidak dapat dikenali sedang merayau di kawasan itu.

 Selain itu, ada juga kanak-kanak yang memasuki tempat ini untuk meluahkan dosa mereka dan langsung tidak muncul keluar dari hutan ini.



6. HUTAN PINE BARRENS, AMERIKA SYARIKAT 


   Terdapat satu lagenda di dalam hutan ini di mana kelibat makhluk yang kepalanya kelihatan seperti kambing, memiliki sayap seperti kelawar dan tangan seperti cangkuk membuatkan ia menjadi tempat yang menyeramkan dan misteri.

  Keadaan hutan yang dipenuhi dengan pokok-pokok yang tidak sihat dan penuh asid juga menambah aura seram kepada hutan ini.



7. HUTAN BLAIRADAM, SCOTLAND 


    Keluarga Wilson yang telah pulang daripada aktiviti mendaki dan berkelah di dalam hutan ini telah menghidapi penyakit selsema tanpa henti.

   Lebih menyeramkan lagi, gambar-gambar mereka yang telah diambil sewaktu di sini kelihatan entiti sedang berdiri memandang anak-anak keluarga Wilson dengan berpakaian seperti di zaman Viktoria.


Spesis Hantu yang Ada kat Malaysia






Comments

Popular posts from this blog

Tebuan Gergasi Jepun, Tebuan yang Mampu mambunuh Manusia

SIAPAKAH BUJANG SENANG

EPAL BERWARNA UNGU