3 Jenis Hantu Yang Popular di Malaysia

Hantu dalam masyarakat Melayu seringkali digambarkan sebagai makhluk ghaib yang menjelma dengan rupa yang menakutkan. Sesetengah orang Melayu mengatakan bahawa hantu itu berasal daripada roh orang mati yang tidak tenteram disebabkan sesuatu hajat yang belum selesai seperti untuk membalas dendam ke atas orang yang masih hidup. Ada juga yang menyatakan hantu ini adalah rekaan bagi menakut² seseorang atau satu² masyarakat,.. Mari kita lihat antara 3 jenis hantu dalam kepercayaan masyarakat melayu.



PONTIANAK


 pontianak, dipercayai oleh masyarakat Melayu bahawa ia berasal daripada perempuan yang mati dibunuh ketika mengandungkan anaknya. Terdapat juga pendapat menyatakan bahawa ia merupakan jin (hantu) liar yang  suka mengganggu manusia. Selain itu ada yang percaya bahawa Pontianak akan wujud atau muncul bagi mencari dan membalas dendam kepada orang yang mengakibatkan kematiannya semasa masih manusia. 

Menurut kepercayaan masyarakat Melayu, benda tajam seperti paku boleh digunakan untuk menghentikan  serangan pontianak - hal ini kerana puntianak ini dikatakan mempunyai lubang di belakang tengkuknya, maka sesiapa yang tersempak puntianak dalam jelmaan wanita, dan ditancapkan paku di lubang belakang lehernya lalu puntianak tersebut menjadi manusia iaitu seorang wanita yang cantik. Sekiranya paku itu dikeluarkan, ia akan kembali menjadi puntianak.

Hantu puntianak dikatakan sering menjelma sebagai wanita cantik yang berjalan seorang diri dijalan yang sunyi. Oleh itu, cerita ini kemungkinan bertujuan menghindari golongan wanita daripada diganggu oleh pemuda-pemuda yang takutkan puntianak ketika berjalan seorang diri di jalan yang sunyi. Sesetengah berkata, puntianak takutkan perempuan dan hanya menggangu golongan lelaki sahaja..



TOYOL


Toyol merujuk kepada sejenis makhluk halus dalam kepercayaan Melayu, kemungkinannya dari golongan jin/syaitan, yang dipelihara bagi tujuan mencuri. Toyol ini dikatakan berbentuk kanak-kanak kecil dan turut mempunyai perangai seperti kanak-kanak kecil. ianya berwarna kehijau-hijauan dan berkepala botak..

Kononnya, Toyol akan dipelihara dlm sebuah botol kecil dan pemiliknya akan memberikannya makan darahnya sendiri setiap setiap kali bulan mengambang. Sekiranya gagal, toyol akan menghisap darah ahli keluarga terdekat pemiliknya. Toyol biasanya dipelihara dgn tujuan membantu pemiliknya mendapatkan duit dgn mencuri drpd jiran tetangga.

     Sekiranya tidak dijaga dengan baik, toyol akan membinasakan ahli keluarga terdekat pemilik toyol. Sekiranya toyol tidak lagi diperlukan, pemilik toyol perlu mendapatkan tuan pengganti, atau menghantar toyol itu balik ketempat ia dibeli, atau ia perlu dibuang, biasanya dihanyutkan dengan acak kedalam sungai.

Terdapat petua yang menyatakan sekiranya sejenis permainan , diletakkan hampir dengan wang yang disimpan, toyol akan asyik bermain sehinggakan terlupa mengambil wang. kacang hijau yang diletakkan kedalam kantung juga dikatakan boleh melalaikan toyol.Selain itu, ikan puyu yang dipelihara di dalam akuarium mampu dapat melalaikan toyol dan toyol akan tidak akan berhasrat mengambil wang dari mangsanya.

Toyol juga tidak akan mencuri keseluruhan jumlah wang, tetapi sekadar mengambil sebahagian daripada wang yang tersimpan. Mungkin kerana kata orang tua-tua yang mengatakan bahawa "budak-budak jangan pegang duit banyak banyak". 



PENANGGAL


PENANGGAL/TENGELONG/HANTU JERUK PURUT Hantu Penanggalan atau Hantu Jeruk Purut, juga dikenali sebagai Hantu Tengelong di negeri Kedah merujuk kepada seseorang, biasanya wanita, yang menuntut ilmu hitam bagi sesuatu kepentingan. Mereka yang menuntut ilmu ini mampu menceraikan kepala dengan badan mereka dan kepala mereka mampu terbang dengan tali perut terurai-urai. Darah yang menitik dari tali perut mereka dipercayai berbisa dan akan menyebabkan kudis kepada mereka yang terkena.Mereka yang menuntut ilmu penangalan biasanya akan menyimpan setempayan cuka bagi memeram urat perut mereka agar kecut sebelum bercantum masuk kembali kedalam badan asal mereka. Dipercayai sekiranya tubuh mereka dijumpai orang dan diterbalikkan, kepala mereka akan bercantum secara terbalik, dengan itu rahsia mereka akan terbongkar.

Penangalan dipercayai suka darah perempuan yang bersalin, dan sekiranya mereka menghisap darah tersebut, wanita bersalin itu akan mati akibat tumpah darah. Oleh itu, biasanya disekeliling rumah wanita bersalin (masa dahulu, rumah dibina bertiang), diletakkan sejenis daun yang berduri. Dipercayai penanggalan takut hendak mendekati rumah tersebut kerana bimbangkan tali perutnya tersangkut kepada duri tersebut.Ketika penanggalan terbang, ia dipercayai berupa cahaya putih berkilauan, dari urat perut mereka yang terburai itu.


Spesis Hantu Yang ada Di Malaysia



Comments

Popular posts from this blog

Tebuan Gergasi Jepun, Tebuan yang Mampu mambunuh Manusia

SIAPAKAH BUJANG SENANG

EPAL BERWARNA UNGU