Posts

SERAM SANTAI - Terbukanya Mata Batin

Image
  Kejadian ini terjadi pada hari Khamis, jadi kalau sebut hari Khamis, sudah semestinya malam itu merupakan malam jumaat, pada bulan November tahun 2019, pada hari tersebut Wisnu berencana untuk pulang ke kampungnya dia pada waktu itu berada Dia di Pontianak dan kampung di Kubu. Jadi sebelum dia berangkat pulang ke kampung, dia bersama kawan-kawan dia berkumpul atau sini kita panggil lepak bersama dengan kawan-kawan dia di sebuah cafe yang tidak jauh dari Rumah Wisnu di Pontianak, dan pada hari tersebut katanya dia baru sahaja selesai mendapatkan setifikat Kelulusan Pelatihan teknik las,ataupun dia macam satu  kursus kemahiran.  Selepas hampir 2 jam Wisnu lepak dengan kawan-kawan dia kat cafe tadi, dia pun cakap kat kawan dia untuk beredar dulu, katanya perjalanan untuk dia pulang ke kampung memakan masa 4 jam dan Jam pada waktu itu dah pun menunjukkan pukul 4 petang waktu tempatan.    Selepas beredar daripada cafe tadi, dia pun balik kemas-kemas barang untuk di bawa pulang ke kampung.

Kanak² Disangka Ahli Sihir Dibuang Keluarga

Image
 Kanak² Malang Disangka Ahli Sihir Telah Dibuang Keluarga. Selepas Diselamatkan segalanya berubah. Mungkin ramai pernah terbaca kisah penemuan seorang budak lelaki dua tahun yang ditinggalkan oleh ibu bapanya dalam keadaan tidak terurus kebuluran di Nigeria 4 tahun lalu. dia dibuang oleh keluarganya selepas ibu dan bapanya menyangka dia adalah seorang ahli sihir dan ditemukan di jalanan oleh seorang bantuan kemanusiaan warganegara Denmark yang tinggal di Afrika, Anja Ringgren Loven pada Januari 2016. Loven adalah pengasas Yayasan Bantuan Pendidikan dan Pembangunan Kanak-Kanak Afrika yang ditubuhkan lima tahun lalu bagi membantu kanak-kanak yang dilabelkan sebagai ahli sihir, diabaikan atau dibunuh oleh komuniti mereka sendiri. “Beribu kanak-kanak dituduh sebagai ahli sihir dan kami banyak melihat penyeksaan kanak-kanak, mayat kanak-kanak dan kanak-kanak yang ketakutan,” tulisnya di Facebook. “Dengan hasil sumbangan orang ramai, disamping memberi rawatan yang terbaik untuk Hope, kini ka

SIAPAKAH BUJANG SENANG

Image
  Konon kisahnya, suatu ketika dahulu ada seorang pahlawan Iban yang sangat handal. Namanya Simalungun. Kehebatan Simalungun memenggal kepala musuh tiada tandingannya. Bagaimanapun, sehandal-handal Simalungun akhirnya tewas juga. Dia ditangkap bersama isterinya dan seterusnya dihukum sula sampai mati. Mayat mereka kemudian dicampak ke Sungai Batang Lupar. Dari situlah bermula cerita kononnya mayat Simalungun telah bertukar menjadi seekor buaya dan akan membaham keturunan musuh yang terlibat membunuhnya. Begitulah salah satu versi mitos Bujang Senang, buaya penguasa Sungai Batang Lupar. Bujang Senang mula membunuh mangsanya pada awal 1940-an. Namun namanya menjadi terkenal pada 1982 selepas media massa melaporkan cerita ia membaham Penghulu Bangan dari Rumah Panjang Pali, Sri Aman. Kejadian itu berlaku semasa Penghulu Bangan sedang menangguk udang di Sungai Batang Lupar, bersama abangnya, Kebir. Semasa Bujang Senang timbul membaham Penghulu Bangan itulah Kebir nampak ada jalur putih di

SERAM - Nampak budak lari Masuk dalam Tandas

Image
Pada kisah kali ini,apa yang akan saya ceritakan adalah pengalaman yang di alami oleh saya sendiri ketika masih di bangku sekolah rasanya dalam tahun 2008... Saya biasanya malam-malam akan lepak dengan kawan² kat belakang rumah, rumah saya ni rumah kampung biasa ja, tapi rumah batu bukan papan, dan masa ni tandas  boleh dikatakan berada di luar rumah( sekarang dah renovate berada dalam rumah) dulu ye memang tandas berada luar rumah, Biasanya tiap² malam saya akan lepak dengan 3-4 orang kawan mcm tu la, kami saja lepak sambil dengar lagu, dulu takda lagi android, jadi masa tu takda la Pubg, ML, FreeFire, ROS dan sebagainya.. yang ada handfon yang penuh dengan lagu yang di Bluethooth oleh kawan². Kami biasa lepak sampai pukul 10.30malam -11.00 malam macam tu lepas tu kawan² semua pakat balik, biasanya malam² sebelum ni, kalau semua org balik, saya pun akan terus masuk dalam rumah, tapi tak tahu la entah apa yang merasuki saya malam tu, galak nak stay sorang² belakang rumah bila semua kaw

Kisah Hotel Peninggalan British ‘Berhantu’ Di Taiping Yang Ramai Tidak Tahu

Image
Bangunan lama yang sudah terbengkalai hampir setengah abad  pastinya mempunyai sejarah dan kisah-kisah seram tersendiri. Bercerita mengenai beberapa kisah sebuah hotel berhantu yang dikatakan suka memindahkan tetamu. Hotel tersebut ialah hotel Casuarina Inn terletak di Taman Tasik Taiping, Perak. Menariknya, hotel ini mempunyai reka bentuk bangunan British dan pernah menjadi tempat istirahat pegawai-pegawai British sewaktu mereka menjajah Tanah Melayu pada satu ketika dahulu dan kemudiannya diambil alih oleh kerajaan Perak pada September 1972 untuk dijadikan hotel budget.

Komunis itu Zalim, kejam dan HaramJadah

Image
 BAHAYA IDEOLOGI KOMUNIS!!! WASPADA DENGAN GERAKAN UNTUK HIDUPKAN KEMBALI IDEOLOGI KOMUNIS DI NEGARA INI Baru-baru ini Malaysia digemparkan dengan tindakan seorang pemilik restoran Cina yang memaparkan unsur komunisme di premisnya. Tindakan tersebut memperlihatkan bahawa ideologi komunis secara senyap cuba dihidupkan kembali dalam kalangan rakyat Malaysia khususnya berbangsa Cina.  Perkembangan terbaharu ini termasuklah beberapa isu untuk menghidupkan semula ideologi komunis sebelum ini seperti isu kemasukan abu mayat bekas pemimpin Parti Komunis Malaysa (PKM), Chin Peng  secara diam-diam ke Malaysia, perhimpunan memperingati ulang tahun ke-30 Perjanjian Damai Hatyai yang ditandatangani kerajaan Malaysia dan PKM pada Disember lalu, walaupun salah seorang bekas anggota PKM mendakwa bahawa perhimpunan itu bertujuan untuk membetulkan salah faham terhadap perjuangan mereka,  memperlihatkan bahawa negara kini diancam  kegiatan terancang dan secara halus oleh kumpulan pro perjuangan subversi

The Crocodile Hunter

Image
(Steve The Crocodile Hunter)  " The Crocodile Hunter" merupakan satu siaran fenomena di seluruh dunia.   " The Crocodile Hunter" adalah sebuah dokumentari mengenai hidupan liar yang dihoskan oleh Steve Irwin dan isterinya Teri. Siaran Tv ini menjadi popular pada tahun 1990-2006, kerana keberanian dan keunikan Steve untuk berada  berhadapan dengan pelbagai haiwan liar dan sering beraksi bersama buaya . Kerana keberanian Steve,beliau mendapat jolokan "The Crocodile Hunter". Berasal dari Australia,dan beliau juga merupakan pemilik Australia Zoo yang diasaskan oleh ibu bapanya. Pada 4 september tahun 2006 sewaktu beliau sedang melakukan penggambaran untuk filem Ocean's Deadliest,beliau telah diserang oleh ikan pari yang tiba² menyerang dan menikam Steve. Peristiwa ini telah diceritakan oleh jurukamera Justin Lyons yang telah ditugaskan untuk merakamkan video dokumentari tersebut. Walaupun Steve diserang,beliau terus merakamkan video kerana menyangkakan ia