The Crocodile Hunter

(Steve The Crocodile Hunter) 



" The Crocodile Hunter" merupakan satu siaran fenomena di seluruh dunia.   " The Crocodile Hunter" adalah sebuah dokumentari mengenai hidupan liar yang dihoskan oleh Steve Irwin dan isterinya Teri.

Siaran Tv ini menjadi popular pada tahun 1990-2006, kerana keberanian dan keunikan Steve untuk berada  berhadapan dengan pelbagai haiwan liar dan sering beraksi bersama buaya . Kerana keberanian Steve,beliau mendapat jolokan "The Crocodile Hunter". Berasal dari Australia,dan beliau juga merupakan pemilik Australia Zoo yang diasaskan oleh ibu bapanya.

Pada 4 september tahun 2006 sewaktu beliau sedang melakukan penggambaran untuk filem Ocean's Deadliest,beliau telah diserang oleh ikan pari yang tiba² menyerang dan menikam Steve.

Peristiwa ini telah diceritakan oleh jurukamera Justin Lyons yang telah ditugaskan untuk merakamkan video dokumentari tersebut. Walaupun Steve diserang,beliau terus merakamkan video kerana menyangkakan ia hanyalah serangan yang menyebabkan kecederaan kecil.

Namun sebaik sahaja Justin Lyons meletakkan kameranya,beliau ternampak Steve sedang berdiri dan berlumuran darah yang begitu banyak sekali. Steve mengalami luka yang sebesar 2 inci pada jantungnya. Menurut Justin, Steve nampak tenang ketika itu seperti sudah tahu beliau akan mati. Kata-kata terakhir Steve sewaktu itu adalah " I'am Dying " sebelum mati tak lama kemudian.



Comments

Popular posts from this blog

Tebuan Gergasi Jepun, Tebuan yang Mampu mambunuh Manusia

SIAPAKAH BUJANG SENANG

EPAL BERWARNA UNGU