Kejadian ini terjadi pada hari Khamis, jadi kalau sebut hari Khamis, sudah semestinya malam itu merupakan malam jumaat, pada bulan November tahun 2019, pada hari tersebut Wisnu berencana untuk pulang ke kampungnya dia pada waktu itu berada Dia di Pontianak dan kampung di Kubu. Jadi sebelum dia berangkat pulang ke kampung, dia bersama kawan-kawan dia berkumpul atau sini kita panggil lepak bersama dengan kawan-kawan dia di sebuah cafe yang tidak jauh dari Rumah Wisnu di Pontianak, dan pada hari tersebut katanya dia baru sahaja selesai mendapatkan setifikat Kelulusan Pelatihan teknik las,ataupun dia macam satu kursus kemahiran. Selepas hampir 2 jam Wisnu lepak dengan kawan-kawan dia kat cafe tadi, dia pun cakap kat kawan dia untuk beredar dulu, katanya perjalanan untuk dia pulang ke kampung memakan masa 4 jam dan Jam pada waktu itu dah pun menunjukkan pukul 4 petang waktu tempatan.
Selepas beredar daripada cafe tadi, dia pun balik kemas-kemas barang untuk di bawa pulang ke kampung. Selepas siap, wisnu tidak terus pulang ke kampungnya, dia malah singgah di rumah abang dia dulu yang berada di Pontianak dan tidak jauh dari penginapan dia, sebab abg dia telefon dia dan minta tolong Wisnu untuk temankan isteri abang dia sementara Abang si Wisnu pergi keluar Kota, Jadi Wisnu pun menuju pergi ke rumah abg dia, setelah sampai dia pun mengetuk pintu dan memberi salam.
‘ Assalamualaikum ‘ kata Wisnu. ‘Walaikumsalam’ jawab isterinya abg kepada Wisnu , dia pun menanyakan Wisnu “ Nu, kau belum balik lagi ke kampung” Wisnu pun menjawab “ Belum kak, abg pesan ke saya supaya temankan kakak sampai abang pulang” dan kakak dia mengiakan ucapan Wisnu, Wisnu pun duduk di ruang tamu sambil main handfon sampailah dia tertidur. Sekitar jam 7 malam Wisnu terjaga sebab di kejutkan oleh Isteri abangnya, Kakak dia cakap , abang Wisnu dah pun pulang, jadi Wisnu Pun bangun cuci-cuci muka dan berwudhuk sebelum pulang ke kampung, jadi sebelum pulang dia pun berpamitan dengan abang dia katanya dia sudah mau berangkat takot nanti kalau lewat-lewat malam, abang dia pun pesan bawak motor tu jangan laju-laju sangat, hati-hati masa bawak motor sebab hari dah malam, selesai saja Wisnu pun memberi salam sebelum pulang dan dia bertolak untuk pulang ke kampung yang berada di Kubu, di pertengahan jalan Wisnu singgah dulu di sebuah kedai untuk membeli buah dan ole-ole untuk dibawa pulang kepada adik dia di rumah, dia juga ada membeli atau shopping beberapa barang lain, sedar tak sedar dah hampir sejam dia berbelanja dan jam pun sudah menunjukkan pukul 8.19malam. Jauh lagi perjalanan dia malam pulak tu.
Jadi Wisnu pun terus bergegas untuk pulang, kebetulan pulak hari tersebut turun Hujan Gerimis, dia pun buka seat motor dia untuk ambil baju hujan dan meneruskan perjalanan dia. Semasa dia sampai di satu jalan untuk melepasi satu kampung yang di kenali sebagai sungai Bulan, terjadi sesuatu yang aneh di situ, dimana Wisnu yakin dia asik lalu jalan yang sama saja sebanyak 3 kali sehingga dia hairan dan pelik sebab kenapa dia tak sampai lagi ke pelabuhan Motor. Kemudain dia pun berhenti di tepi jalan, waktu tu memang takda orang lain yang dia nampak, kenderaan lain pun tak da lalu jalan tersebut pada masa tu, Cuma ada dia sorang saja di satu jalan yang sunyi. Dia termenung seketika dan kemudian dia berdialog sorang, Wisnu Cakap “ kalau tak salah jalan ni aku dah lalu tadi, tapi kenapa tak sampai-sampai.” Lepas tu dia Azan, sebab dia ingat pesan orang tua-tua kalau tersesat akibat di ganggu makhluk halus, kita harus azan dan berdoa kepada Allah saw supaya tidak di ganggu oleh makhluk halus.
Wisnu pun meneruskan perjalan selepas Azan dan berdoa, dan Alhamdulliah, dia tidak lagi ulang jalan yang sama seperti tadi, sekitar 500 meter dia bawak motor tiba-tiba, dia rasa lega sebab dia nampak ada satu keramaian atau pun pasar malam di kampung tersebut, Wisnu pun tanpa berfikir panjang terus singgah sebentar untuk minum. Dia singgah di sebuah warung yang ada di situ untuk melepaskan penat. Ketika Wisnu duduk dalam warung tadi dalam 15minit macam tu, dia rasa ada yang tak kena dengan orang-orang di Pasar malam tersebut, kerana dia nampak orang yang berada di pasar malam itu, mengenakan pakaian atau baju model lama dan diaorang ni semua jalan sambil menunjukkan kebawah dan agak membongkok, baik yang kecil sampailah yang tua. Sedang Wisnu leka memerhati
Wisnu terkejut sebab ada seseorang menegur dia, dan orang itu ternyata pemilik kedai yang ingin menanyakan pesanan makanan dan minum kepada Wisnu ‘ adek mau minum apa’ Wisnu membalas ‘ kopi saja 1 buk ‘ Wisnu berasa aneh bila melihat pemilik warung tersebut kerana memakai kebaya dan jalan menunduk dan seboleh-bolehnya dia tidak mahu memperlihatkan muka dia yang ditutupi oleh rambut.. tidak lama kemudian Kopi yang di pesan pun sampai. Dan pemilik kedai tadi masa hantar pesanan, dia tidak bercakap walau sepatah pun. Wisnu yang pada waktu itu meminum kopi yang masih panas tersebut terburu-buru, kerana dia merasakan ada sesuatu yang pelik di sekitar pasar malam tersebut, sekitar 5 minit dia pun selesai minum. Bila dah habis minun dia pun panggil la makcik tadi untuk bayar harga kopi yang dia mimun, akan tetapi makcik tadi tidak mempedulikan panggilan Wisnu. Beranggapan mungkin Pemilik warung itu buzy, dia pun cucuh sebatang rokok sambil bernyanyi-nyanyi sementara tunggu. Dah 2 minit makcik tadi tak mai jugak jam Waktu tu dah pun menunjukkan pukul 10.52 malam, dan Wisnu pun dan tak sanggup lagi duduk lama-lama di situ, dia pun tinggalkan saja duit harga kopi di atas meja, ‘ buk uangnya saya taruh atas meja, makasih buk kopinya, Wisnu meneruskan perjalanan menuju ke Pelabuhan Motor
Dalam 100meter dia beredar dari pasar malam tadi, tiba-tiba dia dengar bunyi anak ayam berkicau yang datangnya entah dari mana bila bunyi anak ayam tadi hilang di selangi pulak dengan bunyi perempuan ketawa. Wisnu pun apa lagi, dalam keadaan takut dan kelam kabut, terus dia memecut motosikal selaju-lajunya sampaikan hampir merempuh pokok yang ada di tepi jalan, dalam 15minit gitu dia pun sampai la di Pelabuhan Motor, Pelabuhan motor ini adalah satu pelabuhan yang mengakut motor sekali dengan tuan motor untuk menyeberangi sungai, Jadi Wisnu harus menggunakan perkhimatan pelabuhan ini sebelum sampai ke kampung dia Di Kubu. Pelabuhan ini kata Wisnu, beroperasi 24 jam.
Sesampainya dia di pelabuhan, orang-orang yang ada sisana pakat usya dia, dengan rasa kehairanan Wisnu punya tanya la abang-abang yang ada kat situ yang dok usya dia ‘” ada apa bang awak mandang saya macam tu’?” abang yang ada disitu pun jawab “ awak tadi yang saya jumpa di sungai bulan kan “ mungkin maksud laki tadi yang diorang nampak Wisnu berhenti di situ.. Wisnu pun mengiakan kemudain bertanya “ iya ada apa bang’ jawapan daripada lelaki tersebut memeranjatkan Wisnu, dia cakap “ ape awak buat di makam tadi?”, rupa-rupanya tadi Wisnu bukan berhenti di pasar Malam, dia sebenarnya berhenti di satu tanah Perkuburan. Dalam keadaan terkejut “ awak jngan main-main dengan saya bang saya tak ada singgah mana-mana makam pun” Wisnu bertnya lagi “ bang bila mulainy acara pasar malam di sungai Bulan tu ?” abang-abang disitu jawab, “ mana ada acara pasar malam di sini bang, awak ngingau ke?” kata mereka kepada Wisnu. Kumpulan Lelaki yang berada disitu tanya Wisnu dimana dia jumpa Pasar Malam tadi, Wisnu jawab lebih kurang 1km dari sini atau 15minit perjalanan, Kumpulan lelaki tadi mengajak Wisnu untuk pergi semula ke tempat tadi tengok sekali lagi untuk kepastian, jadi diorang pun 4-5 orang pergi semula ke tempat tadi, Ternyata tempat tadi adalah sebuah tanah perkuburan, Wisnu terus lemah semangat dan terdiam seakan-akan tidak percaya apa yang menimpa dia pada malam tersebut, dia tak mampu berdiri , tulang dia terasa lemah, dia di bawak semula ke pelabuhan oleh kumpulan lelaki tadi, dia di beri air yang sudah di doa atau di jampi untuk memulihkan kembali semangat dia, selang 10minit bila dia dah rasa ok sikit, dia pun bagitau kepada kumpulan lelaki tadi yang dia sempat minum Kopi semasa singgah di Pasar Malam Ghaib tadi, diorang terkejut dengar Wisnu Cakap macam tu, dan salah seorang dari mereka mencadangkan Wisnu Supaya tidur dulu di rumah dia malam tersebut, takut nanti terjadi sesuatu yang buruk KLkalau Wisnu meneruskan perjalanan. Wisnu bersetuju, selepas mereka menyeberang sungai, Wisnu pun ikot lelaki tadi pulang ke rumah dia, lelaki yang ajak wisnu tadi kita gelarkan dia Fendi, dan ayah kepada fendi Pak Budi, Bukan nama sebenar, bagi menghormati privasi mereka atas permintaan Wisnu.
Setelah selesai mandi, Wisnu pun di panggil oleh Pak Budi, dan bertanya kepada wisnu tadi semasa singgah wisnu ada makan apa-apa tak, Wisnu jawab dia Cuma minum saja dan tidak menjamah apa-apa makanan di situ. Pak Budi Cuma cakap “ kalau makan itu agak lain sikit” saya pun tak faham apa yang di maksudkan oleh Pak Budi. Lepas tu Pak Budi meceritakan pasti akan ada orang yang di ganggu kalau melalui laluan tersebut, seperti ada yang menumpang,ada orang memanggil-manggil disitu, ada dengar suara tangisan dan yang paling teruk mereka yang ternampak pasar malam disitu. Pak Budi juga menceritakan dulu ada seorang lelaki yang di kubur hidup-hidup kerana masalah tanah, ada juga perempuan hamil yang mati dibunuh oleh ayah mertuanya di tanam disitu kiranya kawasan itu agak keras dari kubur-kubur lain, hampir 30minit juga la pak Budi menceritakan selok belok kawasan tersebut dan Wisnu tengok jam dan pun pukul 12.06pagi, dia pun meminta Izin untuk tidur. Sebelum Wisnu masuk tidur, dia diberikan segelas air yang sudah pun di bacakan doa untuk minum dan Pak Budi berpesan sebelum tidur baca doa dan kalau ada yang panggil kamu dari luar jangan pernah berani bangun apalagi keluar dari rumah, Panggilan itu bukan manusia melain syaitan yang di tugaskan untuk mengganggu dan menyesatkan manusia, Wisnu berterima kasih dan ikut nasihat Pak Budi tadi. Dia pun tidur. Sekitar jam 2.30 pagi Wisnu terbangun, dia terbagun sebab dia dengar bunyi tangisan tepat di sebalah tingkap tempat dia tidur. Wisnu terus membaca ayat Kursi dan berdoa supaya dijauhkan daripada gangguan syaitan yang di rejam kemudian dia mencapai handfon dan membuka bacaan ayat-ayat suci Al-Quran, sehinggalah dia terlena. Dan Alhamdullilah tiada lagi gangguan pada malam tersebut, Pada pagi hari dia pun kemas barang untuk pulang ke kampung dia serta mengucapkan salam dan terima kasih kepada Pak Budi sert isterinya dan kepada Fendi, kerana telah membantu dia, Alhamdullilah Wisnu sampai ke rumah dengan Selamat.
Wisnu bagitau 2 hari selepas kejadian tersebut dia boleh nampak banyangan makhuk halus, dia pun tak tau macam mana dia boleh nampak, mungkin di sebabkan oleh kopi yang dia minum tu, kita tak tau. Dan Sampai sekarang dia masih lagi boleh nampak makhluk halus, katanya lagi makhluk halus yang dia nampak tu samar-samar atau pun macam bayang2 dan kakinya tidak menjejak tanah. Sekrang ni Wisnu dah terbiasa dengan melihat makhluk halus ni dan rasanya takutnya semakin kurang, hinggkan orang-orang yang kenal dia akan minta tolong dia kalau mereka di ganggu oleh benda halus dan meminta Wisnu untuk mengusirnya. Katanya lagi sebenarnya banyak kisah seram yang dia alami, akan tetapi cerita ini adalah paling seram katanya, kerana selepas kejadian inilah dia mampu untuk melihat makhluk halus.
Itulah pengalam seram yang pernah di alami oleh Saudara Wisnu kita. Satu pengalaman yang menarik bagi saya walaupun saya rasa menarik, tapi saya harap saya takkan alaminya, sebab saya lemah semagat, Alhamdulilah selepas kejadian tersebut tiada yang buruk terjadi kepada Wisnu, malah sekarang ni dia mampu melihat makhluk halus, dan menolong mereka yang memerlukan pertolongan dia untuk usir gangguan jin dan syaitan. Terima Kasih saya ucapkan kepada wisnu kerana Sudi kongsikan pengalam ini..
Konon kisahnya, suatu ketika dahulu ada seorang pahlawan Iban yang sangat handal. Namanya Simalungun. Kehebatan Simalungun memenggal kepala musuh tiada tandingannya. Bagaimanapun, sehandal-handal Simalungun akhirnya tewas juga. Dia ditangkap bersama isterinya dan seterusnya dihukum sula sampai mati. Mayat mereka kemudian dicampak ke Sungai Batang Lupar. Dari situlah bermula cerita kononnya mayat Simalungun telah bertukar menjadi seekor buaya dan akan membaham keturunan musuh yang terlibat membunuhnya. Begitulah salah satu versi mitos Bujang Senang, buaya penguasa Sungai Batang Lupar. Bujang Senang mula membunuh mangsanya pada awal 1940-an. Namun namanya menjadi terkenal pada 1982 selepas media massa melaporkan cerita ia membaham Penghulu Bangan dari Rumah Panjang Pali, Sri Aman. Kejadian itu berlaku semasa Penghulu Bangan sedang menangguk udang di Sungai Batang Lupar, bersama abangnya, Kebir. Semasa Bujang Senang timbul membaham Penghulu Bangan itulah Kebir nampak ada jalur putih...
Biasanya kita tengok buah epal warna merah atau hijau tapi di Pergunungan Tibet ada buah epal yang warnanya seperti ungu kehitaman, buah epal ini jarang ditemui kecuali di Tibet atau China. Harganya boleh mencecah RM30 sebiji. Pokok epal jenis ini memerlukan suhu yang agak sejuk untuk berbuah sebab itulah pokoknya banyak tumbuh di kawasan pergunungan tibet yang mempunyai suhu yang agak rendah sepanjang tahun.
Dengan kebolehan membesar sehingga 5 sentimeter, Tebuan Jepun Gergasi adalah merupakan spesis tebuan paling besar di dunia. Berdasarkan namanya, sudah tentulah tebuan ini berasal dari Jepun yang dikenali sebagai ōsuzumebachi. Tebuan gergasi ini memakan larva lebah madu, dan mampu membunuh 40 ekor lebah madu dalam masa seminit. Sama seperti tebuan lain , tebuan ini juga hidup berkolonk dan di dalam Setiap koloni mempunyai kira-kira 700 ekor tebuan. Rupa dan saiznya sudah amat menyeramkan,apatah lagi sengatannya, sengatannya berkali-kali ganda seram. Terdapat gabungan dua jenis toksin dalam setiap dalam sengatan tebuan ini iaitu sitotoksin dan neurotoksin. Sitotoksin akan menyebabkan rasa sakit teramat sangat dan mengakibatkan kerosakan pada tisu dengan sensasi yang diceritakan oleh seorang pengkaji, "sakit seperti paku panas dicucuk ke dalam kaki". Neurotoksin yang diberi nama mandaratoksin, boleh menyebabkan kematian, walaupun kepada mereka yang tiada alahan k...
Comments
Post a Comment