Kanak² Disangka Ahli Sihir Dibuang Keluarga

 Kanak² Malang Disangka Ahli Sihir Telah Dibuang Keluarga. Selepas Diselamatkan segalanya berubah.


Mungkin ramai pernah terbaca kisah penemuan seorang budak lelaki dua tahun yang ditinggalkan oleh ibu bapanya dalam keadaan tidak terurus kebuluran di Nigeria 4 tahun lalu. dia dibuang oleh keluarganya selepas ibu dan bapanya menyangka dia adalah seorang ahli sihir dan ditemukan di jalanan oleh seorang bantuan kemanusiaan warganegara Denmark yang tinggal di Afrika, Anja Ringgren Loven pada Januari 2016. Loven adalah pengasas Yayasan Bantuan Pendidikan dan Pembangunan Kanak-Kanak Afrika yang ditubuhkan lima tahun lalu bagi membantu kanak-kanak yang dilabelkan sebagai ahli sihir, diabaikan atau dibunuh oleh komuniti mereka sendiri.

“Beribu kanak-kanak dituduh sebagai ahli sihir dan kami banyak melihat penyeksaan kanak-kanak, mayat kanak-kanak dan kanak-kanak yang ketakutan,” tulisnya di Facebook. “Dengan hasil sumbangan orang ramai, disamping memberi rawatan yang terbaik untuk Hope, kini kami juga membina sebuah klinik dan boleh menyelamatkan lebih ramai lagi kanak-kanak dari menjadi mangsa penderaan,” kata loven.

Kanak-kanak itu ditemukan dalam keadaan kurus kering, berbogel dan perutnya penuh dengan cacing selepas ditinggalkan.

Kini segalanya telah berubah apabila kanak-kanak berkenaan yang dinamakan Hope kini hidup sihat selesa dan sudah berisi, dia kini telah menghadiri hari pertamanya di sekolah.

Loven memuat naik gambar-gambar semasa menemui Hope ke laman Facebooknya di mana keadaan sebelum dan selepas dia memegang botol air dan memberi kanak-kanak itu minum.

Beberapa hari kemudian, Loven telah memuatnaik sebuah status di mana dia meminta bantuan orang ramai kerana kos merawat Hope terlalu tinggi, apa yang mengejutkan dia telah menerima sumbangan kira-kira 1juta dolar hasil sumbangan orang ramai dari seluruh dunia. Kini Hope sudah mampu mengukir senyuman.



~Humanity always Win 👏🌎

Comments

Popular posts from this blog

Tebuan Gergasi Jepun, Tebuan yang Mampu mambunuh Manusia

SIAPAKAH BUJANG SENANG

EPAL BERWARNA UNGU