Posts

Showing posts from November, 2020

GURUN SAHARA padang pasir seluas mata memandang

Image
  Gurun sahara merupakan salah satu gurun yang terluas di dunia yang berkeluasan kira-kira 9 juta kilometer persegi. Kawasan ini dulunya dipenuhi oleh hutan yang sangat hijau dengan pelbagai tumbuhan dan haiwan serta terdapat penempatan manusia. Kawasan ini bertukar menjadi gurun sekitar 4000 tahun yang lepas akibat perubahan paksi bumi diantara 22.1 dan 24.5 darjah dalam kitaran setiap 41,000 tahun. Selepas 41,000 tahun sudah habis maka kawasan gurun ini akan mula menghijau. Walaupun dengan cuaca panas yang ekstrem, terdapat lebih kurang 2 juta penduduk yang mendiami kawasan gurun sahara ini. Kebanyakan dari mereka terdiri daripada kaum nomad yang akan berpindah. Cuaca pada siang hari boleh mencecah sehingga 58 darjah dan pada waktu malam kadangkala boleh turun sehingga -6 disebabkan oleh ketiadaan awan.  Kawasan ini merupakan antara yang paling kurang menerima hujan iaitu kurang dari 2 centimeter setahun. Manakala salji pula biasanya terbentuk pada gunung yang tinggi. Gurun sahara ya

EPAL BERWARNA UNGU

Image
Biasanya kita tengok buah epal warna merah atau hijau tapi di Pergunungan Tibet ada buah epal yang warnanya seperti ungu kehitaman, buah epal ini jarang ditemui kecuali di Tibet atau China. Harganya boleh mencecah RM30 sebiji. Pokok epal jenis ini memerlukan suhu yang agak sejuk untuk berbuah sebab itulah pokoknya banyak tumbuh di kawasan pergunungan tibet yang mempunyai suhu yang agak rendah sepanjang tahun. 

HOTEL BERBENTUK KAPAL

Image
Dari jauh kita dah nampak pelik, kenapa kapal tu ada atas bukit, inilah salah satu tempat menarik yang korang kena lawat bila ke Korea selatan yang dibuka pada 2002 Tempat ni nama dia Sun Cruise & Yatch yang terletak Jeongdojing. Tempat ni sebenarnya sebuah resort yang memiliki bilik sebanyak 211 buah dan 6 restoran. Rekaan berbentuk kapal macam ni dikatakan yang pertama didunia, selain reka bentuk yang unik, resort kapal ni juga menyediakan pelbagai fasiliti seperti gym, padang golf, gelanggang bola tampar.  Suasana dalam resort ni juga dibuat seolah olah macam kapal persiaran betul, siap dengan bunyi ombak dan kolam renangnya guna air laut.

Kisah Benar THE CONJURING

Image
  Pada Januari 1971, keluarga Perron telah berpindah masuk ke sebuah rumah ladang yang terletak di Harrisville, Rhode Island, Amerika Syarikat. Rumah ini sangat besar kerana mempunyai 14 bilik. Namun begitu, kebahagiaan yang mereka inginkan apabila berpindah ke rumah baharu ini bertukar menjadi mimpi ngeri apabila satu keluarga Perron diganggu oleh penunggu rumah ini. Roger dan Carolyn Perron adalah pasangan suami isteri dan mereka ada 5 anak perempuan. Kesemuanya telah mengalami kejadian yang menyeramkan sepanjang berada di dalam rumah baharu mereka. Segalanya bermula apabila Carolyn menyedari, barang-barang yang berada di dalam rumah, seringkali teralih sendiri dari satu tempat, ke tempat yang lain. Bila Carolyn bertanya kepada suami dan anak anaknya, masing masing berkata bukan mereka yang mengalihkannya. Kadangkala, Carolyn juga boleh terdengar bunyi cakaran yang datang dari dapur. Tapi, apabila Carolyn memeriksa di dapur, dia tidak dapat menemui punca bunyi cakaran tersebut. Anak-

HOTEL TERTUA DI DUNIA

Image
  Terdapat sebuah hotel yang berusia lebih 1300 dan merupakan hotel yang tertua didunia yang masih lagi menjalankan perniagaan. Hotel yang di maksudkan ini terletak di Jepun.  Hotel tersebut dikenali dengan nama Nishiyama Onsen Keiunkan, terkenal dengan kolam air panasnya. Air panas tersebut merupakan air panas semulajadi yang diambil dari mata air Hakuho. Hotel yang diuruskan oleh 52 generasi ini berada di Hayakawa,Jepun diasaskan pada tahun 705. Terletak pada kaki gunung Akaishi, hotel ini mempunyai 37 buah bilik yang menawarkan pemandangan indah, kali terakhir diubahsuai pada 1997 dan masih lagi mengekalkan ciri ciri tradisional Jepun.

SABAK BERNAM - KETUKAN PINTU MISTERI TANPA SALAM

Image
Sabak Bernam dihantui ketukan pintu tanpa salam di tengah malam Baru-baru ini tular mengenai kejadian misteri yang dialami penduduk Kampung Batu 37, Batu 38, Kampung Tengah dan Kampung Banting di Sabak Bernam. Ramai penduduk mendakwa diganggu dengan bunyi pintu rumah mereka diketuk tanpa salam sejak kelmarin, namun apabila dibuka pintu tiada siapa di luar. Malah, terdapat hantaran di Facebook memaparkan video bunyi ketukan pintu dan gambar-gambar yang didakwa kelibat entiti yang menyeramkan. Ketuk pintu macam nak masuk cepat. Bunyi ketukan tersebut amat menyeramkan dan dia ketuk macam nak tercabut pintu punya kuat dia ketuk. salah seorang penduduk, Khairol Anuar Mhd Zaini, 39, mendakwa terdengar bunyi pintu dapur rumah diketuk dengan kuat seperti seseorang ingin masuk ke dalam dengan cepat. “Mulanya saya membiarkan sahaja sebab ingatkan anak saudara datang ke rumah, tapi saya dengar bunyi ketukan itu semakin kuat sebelum saya intai di tingkap dan mendapati tiada sesiapa di luar rumah…”

RESEPI SATAY AYAM MERECIKKKK

Image
Resepi Satay Ayam Merecikkk  (untuk 1ekor ayam) Bahan-bahan -1 ekor ayam (ambil kesemua isi ayam, potong dadu, cuci n toskan). Kulit ayam jangan buang ye, potong kecik, n perapkan sekali isi ayam) Bahan Blend -2 labu bawang besar ** -5 ulas bawang merah (tak nak letak pon takpe, letak lagi sedap)** -1 labu bawang putih ** -2 inci halia** -4 batangg serai ** (satukan kesemua bahan n blend dengan sedikit air) Bahan perap:- -2 keping gula melaka (potong kecil/hiris) -1 ½ cawan gula (kena manis, baru sedap) -2 sk garam  -4 sk serbuk kunyit -3 sb jintan manis Cara-cara :- -Dalam bekas besar, masukkan isi ayam yang telah ditoskan. Masukkan bahan blend + bahan perap. -Gaul sebati. -Boleh tambah apa yang kurang, gula/garam. -Perap semalaman kalau nak sedap. (saya perap balik keje semalam, petang tadi baru bakar) -Bila dah perap, baru cucuk ye.  -Nak sedap, selitkan kulit ayam dibahagian tengah. -Lebihan perapan tadi, ambil sedikit, letak dalam mangkuk kecil, n tambahkan sedikit minyak masak. (

BAGAIMANA POPCORN BOLEH DI JUAL DI PANGGUNG WAYANG

Image
Macam mana timbul popcorn dan wayang? Al kisah dulunya wayang/pementasan teater dianggap hanya orang yang tertentu sahaja boleh pergi tengok. Maksudnya orang yang kaya dan bangsawan mampu tengok benda macam ni. Namun semua tu berubah apabila wayang ni senakin berkembang pesat maka pada 1927 hampir semua orang mampu tengok wayang. Dari situ ramai yang pergi bawa makanan mereka. Penjual popcorn mula nampak potensi untuk membuka gerai di kaki lima panggung wayang. Lalu pengusaha panggung wayang mendapat idea untuk jual didalam kawasan panggung tu sendiri. Pop corn merupakan makanan yang sesuai semasa wayang kerana tidak mengganggu mereka untuk melihat cerita, tambah lagi bila pop corn itu sendiri merupakan makanan yang agak murah dan senang dimasak

SEMUT MELETUP

Image
  Ada sejenis semut yang mampu meletupkan dirinya apabila ada musuh yang menyerang kawasan atau sarang. Nama saintifiknya disebut sebagai Colobopsis saundersi atau lebih dikenali sebagai Malaysia Explode Ant. Semut jenis ini banyak buat sarang dekat atas pokok dan boleh dijumpai dikawasan hutan Borneo.  Semut pekerja akan meletupkan bahagian ekor yang akan mengeluarkan cecair kuning terang dan melekit malah mempunyai toksin, apa yang peliknya bila cecair kuning itu dikeluarkan, baunya semacam bau kari. SERANGGA BERBISA  DUNIA :

LELAKI YANG TIDAK BERGERAK SELAMA 20 TAHUN

Image
Peter Cluckey dilahirkan pada 16 September 1882 dan dia hanya berumur 20 tahun ketika di diagnos mengalami penyakit pelik. Penyakit itu menyebabkan semua sendi-sendi tulangnya mula bersambung. Pada umur 22 tahun, dia diletakkan di dalam posisi duduk dan tidak dapat lagi bergerak untuk selamanya. Kali terakhir Cluckey mampu makan dengan sendiri adalah pada 3 Ogos 1912, selepas itu sendi rahangnya mula bersambung dan dia tidak mampu mengerakkanya lebih dari seinchi. Doktor terpaksa mencabut semua gigi depannya agar mudah memberinya makan dan minum. Makanannya juga hanya berasakan diet lembut. Sebelum mengalami penyakit ini, Cluckey merupakan seorang askar veteran yang bertugas di Filipina selepas perang American-Spanish. Dua bulan selepas didaftarkam untuk penempatan kedua, dia mula mengalami sakit sendi serta kaku. Dia telah dirawat dua kali untuk masalah itu tetapi tiada apa yang boleh mereka lakukan. Cluckey kemudian dihantar ke rumah persaraan dimana dia habiskan sepanjang hayatnya.

Penantian seekor Kucing

Image
 Seorang photographer bernama Ostap Zadunayski mengambil gambar kucing ini pada tahun 2015 lalu di Belgorod, Russia. Kucing ini didapati duduk di tempat yang sama setiap hari. Kerana ingin tahu, Ostap pun bertanya mengenai kucing itu pada penduduk sekitar.  Ternyata, penjaga kucing ini dahulunya tinggal tidak jauh dari tempat kucing itu menunggu setiap harinya. Namun, semenjak penjaga itu berpindah, kucing itu terus menunggu tanpa mengetahui hal tersebut.  Kini, setiap kali ada kereta yang berhenti disitu kucing itu akan pergi mendekati kerana menyangka penjaganya telah datang. Dan kucing tersebut terus menunggu setiap hari. Bertabahlah 😭.