LELAKI YANG TIDAK BERGERAK SELAMA 20 TAHUN



Peter Cluckey dilahirkan pada 16 September 1882 dan dia hanya berumur 20 tahun ketika di diagnos mengalami penyakit pelik. Penyakit itu menyebabkan semua sendi-sendi tulangnya mula bersambung. Pada umur 22 tahun, dia diletakkan di dalam posisi duduk dan tidak dapat lagi bergerak untuk selamanya.


Kali terakhir Cluckey mampu makan dengan sendiri adalah pada 3 Ogos 1912, selepas itu sendi rahangnya mula bersambung dan dia tidak mampu mengerakkanya lebih dari seinchi. Doktor terpaksa mencabut semua gigi depannya agar mudah memberinya makan dan minum. Makanannya juga hanya berasakan diet lembut.


Sebelum mengalami penyakit ini, Cluckey merupakan seorang askar veteran yang bertugas di Filipina selepas perang American-Spanish. Dua bulan selepas didaftarkam untuk penempatan kedua, dia mula mengalami sakit sendi serta kaku. Dia telah dirawat dua kali untuk masalah itu tetapi tiada apa yang boleh mereka lakukan. Cluckey kemudian dihantar ke rumah persaraan dimana dia habiskan sepanjang hayatnya.


Pada 10 September 1925, Cluckey meninggal pada umur 43 tahun. Sebab kematiannya juga sukar untuk ditentukan tetapi Cluckey mendermakan tubuhnya kepada Army Medical Museum agar mereka boleh mengkaji dan mempelajari sesuatu. Kini rangka Cluckey masih disimpan dan dijaga oleh National Museum of Health and Medicine.





Rujukan:

https://www.google.com.my/amp/s/strangeremains.com/2014/09/27/the-grisly-skeletal-specimens-at-the-national-museum-of-health-and-medicine/amp

Comments

Popular posts from this blog

Tebuan Gergasi Jepun, Tebuan yang Mampu mambunuh Manusia

SIAPAKAH BUJANG SENANG

EPAL BERWARNA UNGU