RESEPI SATAY AYAM MERECIKKKK
Resepi Satay Ayam Merecikkk (untuk 1ekor ayam)
Bahan-bahan
-1 ekor ayam (ambil kesemua isi ayam, potong dadu, cuci n toskan). Kulit ayam jangan buang ye, potong kecik, n perapkan sekali isi ayam)
Bahan Blend
-2 labu bawang besar **
-5 ulas bawang merah (tak nak letak pon takpe, letak lagi sedap)**
-1 labu bawang putih **
-2 inci halia**
-4 batangg serai **
(satukan kesemua bahan n blend dengan sedikit air)
Bahan perap:-
-2 keping gula melaka (potong kecil/hiris)
-1 ½ cawan gula (kena manis, baru sedap)
-2 sk garam
-4 sk serbuk kunyit
-3 sb jintan manis
Cara-cara :-
-Dalam bekas besar, masukkan isi ayam yang telah ditoskan. Masukkan bahan blend + bahan perap.
-Gaul sebati.
-Boleh tambah apa yang kurang, gula/garam.
-Perap semalaman kalau nak sedap. (saya perap balik keje semalam, petang tadi baru bakar)
-Bila dah perap, baru cucuk ye.
-Nak sedap, selitkan kulit ayam dibahagian tengah.
-Lebihan perapan tadi, ambil sedikit, letak dalam mangkuk kecil, n tambahkan sedikit minyak masak. (untuk renjiskan masa bakar, guna 1 batang serai ketuk hujungnya)
-Saya bakar tadi, dalam 5min dah masak, sebab dah perap semalaman.
-Masa bakar tu renjiskan dengan bahan renjis ye. Biar sate tu, basah je.
Kuah Kacang
Bahan-bahan
-1 ½ cawan kacang tanah (goreng tanpa minyak, buang kulit, n blend/tumbuk separa halus. Saya blend je, jangan halus sangat ye)
-segenggam cili kering (potong, rebus) **
-2 labu bawang besar **
-2 Inci halia **
(blend bahan bertanda **dengan sedikit air)
-1 batang serai (ketuk)
-2 keping gula melaka
-1/2 cawan gula
-garam
-3 cawan air
-1 kotak santan
-2 keping asam keping
Cara-cara
-panaskan minyak, jangan sikit sangat, jangan banyak sangat.
-tumiskan bahan blend, masukkan serai.. (tumis sampai pecah minyak)
-masukkan kacang, gaul sebati..
-masukkan air, biar mndidih.. (api slow)
-Nampak dah kering sikit, masukkan santan, gula melaka, gula, garam, n asam.
-masak sampai kuah jadi pekat.
-rasakan n boleh tambah apa yang kurang..
-siap
Kalau taknak letak santan pon takpe, just guna air je. Kalau saya, saya suka letak santan.
Comments
Post a Comment