Kisah Benar THE CONJURING

 


Pada Januari 1971, keluarga Perron telah berpindah masuk ke sebuah rumah ladang yang terletak di Harrisville, Rhode Island, Amerika Syarikat. Rumah ini sangat besar kerana mempunyai 14 bilik.


Namun begitu, kebahagiaan yang mereka inginkan apabila berpindah ke rumah baharu ini bertukar menjadi mimpi ngeri apabila satu keluarga Perron diganggu oleh penunggu rumah ini.


Roger dan Carolyn Perron adalah pasangan suami isteri dan mereka ada 5 anak perempuan. Kesemuanya telah mengalami kejadian yang menyeramkan sepanjang berada di dalam rumah baharu mereka.


Segalanya bermula apabila Carolyn menyedari, barang-barang yang berada di dalam rumah, seringkali teralih sendiri dari satu tempat, ke tempat yang lain. Bila Carolyn bertanya kepada suami dan anak anaknya, masing masing berkata bukan mereka yang mengalihkannya.


Kadangkala, Carolyn juga boleh terdengar bunyi cakaran yang datang dari dapur. Tapi, apabila Carolyn memeriksa di dapur, dia tidak dapat menemui punca bunyi cakaran tersebut.


Anak-anak Carolyn dan Roger pula, dapat melihat kelibat beberapa entiti sedang merayau rayau di dalam rumah mereka. 


Kata anak anak mereka, entiti-entiti yang mereka lihat itu tidaklah mengganggu mereka, tapi kadangkala, ada entiti yang sama yang akan datang dengan wajah seperti marah dengan kehadiran mereka semua di dalam rumah.


Disebabkan gangguan semakin berterusan, Carolyn telah bertindak untuk menyiasat sama ada, ada sesuatu yang pernah berlaku di dalam rumah baharunya ini atau tidak.


Apa yang Carolyn temui agak mengejutkan. Rumah ladang yang didiami oleh keluarganya ini telah diduduki oleh keluarga yang sama selama 8 generasi dan ada antara mereka telah mati di dalam rumah ini dan kawasan berhampiran.


Ada yang mati dengan menggantungkan diri di loteng rumah. Ada pula yang mati lemas di anak sungai berhampiran rumah dan ada yang telah mati dibunuh di dalam rumah.


Namun begitu, apa yang paling menakutkan ialah tentang penemuan seorang bekas pemilik rumah ini yang bernama Batsheba Sherman. Dia telah tinggal di rumah ini pada pertengahan tahun 1800-an.


Batsheba ini dikhabarkan adalah seorang pemuja syaitan. Dikatakan, terdapat beberapa bukti yang mengaitkan dia dengan kematian anak jirannya. Para penduduk sekitar telah menuduh Batsheba membunuh anak jirannya untuk tujuan pemujaan.


Namun begitu, hukuman tidak dapat dijatuhkan memandangkan bukti yang ada tidak begitu kukuh.


Disebabkan hal ini, keluarga Perron merasakan bahawa entiti yang paling menakutkan di dalam rumah ini adalah entiti yang menyerupai Batsheba Sherman.


Entiti bernama Batsheba ini pernah merasuki badan Carolyn dan menyebabkan dia bercakap bahasa asing dengan suara yang menggerunkan. Badan Carolyn juga pernah terapung, dan kemudian tercampak ke dinding seolah olah ada benda yang menghumban Carolyn.


Gangguan ini menyebabkan keluarga Perron meminta bantuan penyiasat paranormal yang popular pada ketika itu iaitu pasangan suami isteri Ed dan Lorrain Warren.


Ed dan Lorrain Warren cuba berkomunikasi dengan entiti bernama Batsheba ini melalui badan Carolyn, tapi entiti ini tidak suka akan kehadiran Ed dan Lorrain lalu menyebabkan entiti ini telah mengamuk menggunakan badan Carolyn.


Roger yang tidak sampai hati melihat isterinya, Carolyn, dilakukan sedemikian rupa, telah mengarahkan Ed dan Lorraine untuk pulang dan jangan mengganggu keluarganya lagi.


Keluarga Perron tetap terus duduk dirumah berhantu itu memandangkan keadaan kewangan Roger yang tidak stabil. Mereka terpaksa bertahan untuk beberapa tahun sebelum berpindah keluar pada tahun 1980.


Cerita tentang gangguan entiti terhadap keluarga Perron ini memang agak popular di Amerika Syarikat dan ini menyebabkan cerita keluarga Perron ini telah diangkat untuk menjadi sebuah filem yang bertajuk, The Conjuring yang ditayangkan pada tahun 2013.


SERAM SANTAI Ep 05 -- Bunyi ketukan pintu



Comments

Popular posts from this blog

Tebuan Gergasi Jepun, Tebuan yang Mampu mambunuh Manusia

SIAPAKAH BUJANG SENANG

EPAL BERWARNA UNGU