Posts

Showing posts from January, 2021

SIAPAKAH BUJANG SENANG

Image
  Konon kisahnya, suatu ketika dahulu ada seorang pahlawan Iban yang sangat handal. Namanya Simalungun. Kehebatan Simalungun memenggal kepala musuh tiada tandingannya. Bagaimanapun, sehandal-handal Simalungun akhirnya tewas juga. Dia ditangkap bersama isterinya dan seterusnya dihukum sula sampai mati. Mayat mereka kemudian dicampak ke Sungai Batang Lupar. Dari situlah bermula cerita kononnya mayat Simalungun telah bertukar menjadi seekor buaya dan akan membaham keturunan musuh yang terlibat membunuhnya. Begitulah salah satu versi mitos Bujang Senang, buaya penguasa Sungai Batang Lupar. Bujang Senang mula membunuh mangsanya pada awal 1940-an. Namun namanya menjadi terkenal pada 1982 selepas media massa melaporkan cerita ia membaham Penghulu Bangan dari Rumah Panjang Pali, Sri Aman. Kejadian itu berlaku semasa Penghulu Bangan sedang menangguk udang di Sungai Batang Lupar, bersama abangnya, Kebir. Semasa Bujang Senang timbul membaham Penghulu Bangan itulah Kebir nampak ada jalur putih di

SERAM - Nampak budak lari Masuk dalam Tandas

Image
Pada kisah kali ini,apa yang akan saya ceritakan adalah pengalaman yang di alami oleh saya sendiri ketika masih di bangku sekolah rasanya dalam tahun 2008... Saya biasanya malam-malam akan lepak dengan kawan² kat belakang rumah, rumah saya ni rumah kampung biasa ja, tapi rumah batu bukan papan, dan masa ni tandas  boleh dikatakan berada di luar rumah( sekarang dah renovate berada dalam rumah) dulu ye memang tandas berada luar rumah, Biasanya tiap² malam saya akan lepak dengan 3-4 orang kawan mcm tu la, kami saja lepak sambil dengar lagu, dulu takda lagi android, jadi masa tu takda la Pubg, ML, FreeFire, ROS dan sebagainya.. yang ada handfon yang penuh dengan lagu yang di Bluethooth oleh kawan². Kami biasa lepak sampai pukul 10.30malam -11.00 malam macam tu lepas tu kawan² semua pakat balik, biasanya malam² sebelum ni, kalau semua org balik, saya pun akan terus masuk dalam rumah, tapi tak tahu la entah apa yang merasuki saya malam tu, galak nak stay sorang² belakang rumah bila semua kaw

Kisah Hotel Peninggalan British ‘Berhantu’ Di Taiping Yang Ramai Tidak Tahu

Image
Bangunan lama yang sudah terbengkalai hampir setengah abad  pastinya mempunyai sejarah dan kisah-kisah seram tersendiri. Bercerita mengenai beberapa kisah sebuah hotel berhantu yang dikatakan suka memindahkan tetamu. Hotel tersebut ialah hotel Casuarina Inn terletak di Taman Tasik Taiping, Perak. Menariknya, hotel ini mempunyai reka bentuk bangunan British dan pernah menjadi tempat istirahat pegawai-pegawai British sewaktu mereka menjajah Tanah Melayu pada satu ketika dahulu dan kemudiannya diambil alih oleh kerajaan Perak pada September 1972 untuk dijadikan hotel budget.

Komunis itu Zalim, kejam dan HaramJadah

Image
 BAHAYA IDEOLOGI KOMUNIS!!! WASPADA DENGAN GERAKAN UNTUK HIDUPKAN KEMBALI IDEOLOGI KOMUNIS DI NEGARA INI Baru-baru ini Malaysia digemparkan dengan tindakan seorang pemilik restoran Cina yang memaparkan unsur komunisme di premisnya. Tindakan tersebut memperlihatkan bahawa ideologi komunis secara senyap cuba dihidupkan kembali dalam kalangan rakyat Malaysia khususnya berbangsa Cina.  Perkembangan terbaharu ini termasuklah beberapa isu untuk menghidupkan semula ideologi komunis sebelum ini seperti isu kemasukan abu mayat bekas pemimpin Parti Komunis Malaysa (PKM), Chin Peng  secara diam-diam ke Malaysia, perhimpunan memperingati ulang tahun ke-30 Perjanjian Damai Hatyai yang ditandatangani kerajaan Malaysia dan PKM pada Disember lalu, walaupun salah seorang bekas anggota PKM mendakwa bahawa perhimpunan itu bertujuan untuk membetulkan salah faham terhadap perjuangan mereka,  memperlihatkan bahawa negara kini diancam  kegiatan terancang dan secara halus oleh kumpulan pro perjuangan subversi

The Crocodile Hunter

Image
(Steve The Crocodile Hunter)  " The Crocodile Hunter" merupakan satu siaran fenomena di seluruh dunia.   " The Crocodile Hunter" adalah sebuah dokumentari mengenai hidupan liar yang dihoskan oleh Steve Irwin dan isterinya Teri. Siaran Tv ini menjadi popular pada tahun 1990-2006, kerana keberanian dan keunikan Steve untuk berada  berhadapan dengan pelbagai haiwan liar dan sering beraksi bersama buaya . Kerana keberanian Steve,beliau mendapat jolokan "The Crocodile Hunter". Berasal dari Australia,dan beliau juga merupakan pemilik Australia Zoo yang diasaskan oleh ibu bapanya. Pada 4 september tahun 2006 sewaktu beliau sedang melakukan penggambaran untuk filem Ocean's Deadliest,beliau telah diserang oleh ikan pari yang tiba² menyerang dan menikam Steve. Peristiwa ini telah diceritakan oleh jurukamera Justin Lyons yang telah ditugaskan untuk merakamkan video dokumentari tersebut. Walaupun Steve diserang,beliau terus merakamkan video kerana menyangkakan ia

The Rock, dari Wrestling kini Menjadi Pelakon Termahal

Image
Dwyane Johnson adalah salah seorang selebriti antarabangsa yang menjadi perhatian peminat diseluruh dunia. Pada awalnya, beliau bukanlah sesiapa dan tidak punya apa-apa. Mula mencuba nasib dalam arena wrestling, mengikut langkah bapanya yang juga seorang wrestling professional. Kemudian beliau berjaya mencipta nama dalam arena wrestling, sebagai The Rock. Setelah itu, beliau mula ditawarkan berlakon pada tahun 2001 melalui filem The Mummy Returns sebagai undangan khas. Selepas itu, memegang watak utama dalam The Scorpion King pada tahun 2002. Kemudian, satu persatu filem beliau bintangi tanpa memilih genre. Sehinggalah filem-filem lakonan beliau menjadapat kutipan box office yang tinggi. Kini... Beliau bergelar pelakon yang menerima bayaran yang paling mahal didunia.

CHINCHILLA haiwan dengan bulu paling lembut di dunia.

Image
  Chinchilla adalah haiwan dengan bulu paling lembut di dunia. Tubuh Chinchilla bebas dari sebarang jenis kutu kerana kepadatan bulunya. Chinchilla merupakan binatang mamalia dalam keluarga chinchillidae dan genus rodentia yang hidup di sebelah timur benua Amerika Selatan. Saiz badannya mencapai panjang antara 23-26 cm dan beratnya antara 280 hingga 450 gram. Sejak tahun 1975, Chinchilla adalah haiwan yang dilindungi dan dilarang untuk diburu kerana populasinya yang semakin berkurang.  Namun, saat ini Chinchilla banyak juga yang dikembangbiakkan untuk dijadikan sebagai binatang peliharaan ataupun diambil kulitnya. #cute #chinchilla