SANG KELEMBAI...SUMPAHAN KUASA SAKTI.

 


Sang Kelembai dipercayai mempunyai kuasa sakti yang boleh menyumpah sesiapa sahaja menjadi batu. Sang Kelembai biasanya berada di dalam hutan dan pantang kepada bunyi bising. Jika Sang Kelembai tertarik dengan bunyi tersebut, Sang Kelembai akan menegur. Manusia atau binatang yang ditegur akan menjadi batu. Terdapat beberapa pandangan tentang kewujudan Sang Kelembai.



Contohnya di Perak kawasan Perak Tengah yang dikatakan bahawa Sang Kelembai juga berada disana. Menurut cerita orang tua², Pekan Batu Gajah Perak mengambil nama daripada sekumpulan gajah yang disumpah ketika berada di kawasan tepi sungai Perak. Kononnya pada waktu itu Sang Kelembai sedang tidur dan terus menyumpah kawanan gajah itu kerana membuat bising. Begitu juga dengan Pekan Kampung Gajah di Teluk Intan, Perak yang mendapat nama daripada batu di kaki Bukit Tunggal yang menyerupai bentuk gajah. Kisahnya juga dikatakan sama. Kewujudan batu berbentuk gajah di situ kerana gajah yang banyak itu telah membuat bising dan Sang Kelembai yang tidak suka dengan suasana bising, telah menegur gajah-gajah tersebut. Akibatnya gajah tersebut telah bertukar  menjadi batu.


___________________________________________

5 GAMBAR PENAMPAKAN DI MALAYSIA




Comments

Popular posts from this blog

Tebuan Gergasi Jepun, Tebuan yang Mampu mambunuh Manusia

SIAPAKAH BUJANG SENANG

EPAL BERWARNA UNGU