Maghrib adalah saat di mana matahari sudah tenggelam, namun masih muncul dengan sinar yang kadang-kadang berwarna jingga atau merah menyala. Pada waktu itulah, seluruh umat Islam diperingatkan untuk segera menutup pintu dan jendela sambil mengucapkan bismillah agar wanita ini tidak datang ke rumah.

Ummu Sibyan

Siapakah Ummu Sibyan? Apakah yang dia lakukan dalam rumah kita? Ketahuilah bahawa Ummu Sibyan bukanlah wanita yang baik. Dia mampu membahayakan anak dan wanita yang sedang hamil.


Mungkin ada yang pernah dengar nama Ummu Sibyan ataupun tidak sebelum ini. Ummu Sibyan adalah jin daripada kaum perempuan yang suka mengganggu bayi dan kanak-kanak yang berusia kurang dari dua tahun serta wanita hamil. Disebabkan itulah anak-anak yang baru lahir harus diazankan terlebih dahulu agar bayi itu tidak diikuti oleh jin ini.


Apakah tugas Jin ini ? 

Kerjanya adalah Mengganggu bayi yang baru lahir dan kanak-kanak (biasanya kurang dari dua tahun) serta wanita yang hamil. Ummu Sibyan memiliki wajah yang mengerikan dengan mata satu yang besar dan berjalan di dinding seperti cicak. Ummu Sibyan juga dapat mengikat rahim wanita serta membunuh bayi yang masih dalam kandungan.


Kisah tentang perlakuannya.

Seperti yang diceritakan dalam kisah ‘Jin Ummu Shibyan dengan Nabi Sulaiman’, jin ini mampu masuk ke dalam rahim orang perempuan dan mengikat rahimnya serta menyumbat dengan tujuan agar perempuan itu tidak boleh mengandung.

Diceritakan juga jin ini masuk ke dalam perut perempuan yang hamil, pada waktu janin dalam kandungannya sedang tumbuh, jin ini akan menendangnya, maka berlakulah keguguran dan jadilah rahimnya kosong semula.


 Tanda² kanak² diganggu oleh Jin Ummu Sibyan

1. Bayi menangis melalak (matanya terbeliakm memandangke atas atau ke arah sudut tertentu)

2. Anak-anak secara tiba² jatuh seakan didorong

3. Mengigau sambil menggemerutukkan gigi berulang kali

4. Demam panas selepas asar sehingga sebelum Subuh

Akibatnya kepada kanak²:-

1. Sawan tangis

2. Autisme (over hiperaktif)

3. Nakal dan keras kepala

4. Malas


 


 Tanda² Wanita hamil terkena Gangguan Jin Ummu Sibyan:-


1) Rasa sesak dada terutama setelah waktu asar, yang mungkin berlangsung sampai tengah malam

2) Kusut fikiran

3) Sakit pada bahagian tulang-tulang belakang

4) Mengigau ketika tidur

5) Bermimpi dengan mimpi yang menakutkan


 


Cara mengelak dari gangguan;-

1) Tutup pintu dan jendela rumah waktu maghrib

2) Jangan angkat atau masukkan baju yang sudah dijemur di luar rumah pada waktu maghrib (jemuran tak kering)


Cara atasi bayi/ kanak² yang di ganggu 

Meniarapkan bayi supaya bayi tidak melihat ke arah itu. Baca ayat Qursi dan Surah Tiga Qul kemudian tiup ke ubun-ubunnya sampai bayi berhenti menangis.

Halau dengan bahasa sendiri seperti "Wahai Ummu Sibyan, keluarlah dari rumahku dan jangan ganggu anak-anakku."

Insya-ALLAH… Ummu Sibyan akan pergi.


Namun, DR ROZAIMI RAMLE mengatakan bahawa Hadis tentang Ummu Sibyan ini DAIF, namun hadis larangan kanak-kanak berkeliaran pada waktu senja sahih kerana pada waktu itu syaitan sedang berkeliaran.

Daripada sahabat Jabir radhiallahu’anhu, bahawa Nabi SAW bersabda, Yang bermaksud:- 
(H.R. Bukhari & Muslim ).


Tingkap dan pintu rumah perlu ditutup dan menyebut nama Allah pada malam hari dan tidak digalakkan dibuka jika tidak ada keperluan sebagai langkah berjaga-jaga daripada kejadian yang tidak baik berlaku.

Jangan biarkan bekas-bekas makanan dan minuman tidak ditutup dan dianjurkan menyebut nama ALLAH ketika menutup bekas-bekas itu..


Ini semua dilakukan untuk mengelakkan gangguan syaitan. Wallahua'lam..



Comments

Popular posts from this blog

Tebuan Gergasi Jepun, Tebuan yang Mampu mambunuh Manusia

SIAPAKAH BUJANG SENANG

EPAL BERWARNA UNGU