Posts

Showing posts from December, 2020

HANTU AIR

Image
  Hantu air (juga termasuk Hantu laut) merupakan sejenis makhluk halus digelar mambang atau jin yang terdapat di dalam kawasan berair. Makhluk ini dianggap agak keras dan mampu membahayakan mereka yang bertembung dengannya. Kebiasaannya ia dikatakan terapung-apung seperti batang kayu buruk, tetapi mampu melumpuhkan mereka yang tersentuh dengannya. Selain itu, ia dikatakan mampu menjelma untuk mengusik mereka yang berada di pinggir air. Dipercayai bahawa hantu air berasal daripada ilmu dan makhluk halus yang dibuang, dihanyutkan melalui sungai mengalir ke laut dengan menggunakan acak. Air laut yang berkilauan dikatakan menunjukkan kehadirannya. Bagi menggelakkan gangguan bagi para nelayan dari hantu air (laut), satu upacara yang dikenali sebagai semah laut akan diadakan setiap tahun. Upacara ini juga dikenali sebagai puja pantai / main pantai. Adakah ini Hantu Air:-

RAJA KAPCAI TERAKHIR

Image
Motosikal honda EX5 yang terakhir ialah model yang ke 2,051,320. Bermakna BSH telahpun menjual lebih 2 juta unit Honda EX5 sejak dilancarkan pada tahun 1987 sebelum ditamatkan pengeluaran pada tahun 2013. Ayuh bangsa EX5 sekalian, kongsikan gambar EX5 anda di bawah bagi mengubat kerinduan dan kenangan lama follower² abang

JENIS POTONGAN BAWANG PUTIH DAN FUNGSINYA

Image
HIRISAN TENGAH- Sesuai untuk sup / masakan yang memakan masa lamak. HIRISAN TEPI- Sesuai untuk masakan bertumis (sayur, nasi goreng). MINCED/DICED (CINCANG/DADU)- Sesuai untuk masakan yang mementingkan paras rupa (presentation) dan sesuai untuk orang yang tak suka kunyah bawang. Tapi potongan tok paling cepat hangus haha! CRUSHED/HANCUR- Sesuai untuk masakan yang betunok (grilled/oven), stew, dan perapan. POTONGAN SEPARUH/BUNGA- Sesuai untuk merembeskan wangian/aroma dan perasa bawang putih ke dalam masakan (stew, roast, searing).

SANG KELEMBAI...SUMPAHAN KUASA SAKTI.

Image
  Sang Kelembai dipercayai mempunyai kuasa sakti yang boleh menyumpah sesiapa sahaja menjadi batu. Sang Kelembai biasanya berada di dalam hutan dan pantang kepada bunyi bising. Jika Sang Kelembai tertarik dengan bunyi tersebut, Sang Kelembai akan menegur. Manusia atau binatang yang ditegur akan menjadi batu. Terdapat beberapa pandangan tentang kewujudan Sang Kelembai. Contohnya di Perak kawasan Perak Tengah yang dikatakan bahawa Sang Kelembai juga berada disana. Menurut cerita orang tua², Pekan Batu Gajah Perak mengambil nama daripada sekumpulan gajah yang disumpah ketika berada di kawasan tepi sungai Perak. Kononnya pada waktu itu Sang Kelembai sedang tidur dan terus menyumpah kawanan gajah itu kerana membuat bising. Begitu juga dengan Pekan Kampung Gajah di Teluk Intan, Perak yang mendapat nama daripada batu di kaki Bukit Tunggal yang menyerupai bentuk gajah. Kisahnya juga dikatakan sama. Kewujudan batu berbentuk gajah di situ kerana gajah yang banyak itu telah membuat bising dan San